Penanaman Seaweed



Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Kualiti rumpai laut dari perairan semporna sabah diiktiraf merupakan rumpai laut yang ke4 terbaik didunia. Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses bio-kemikal dan bio teknologi. Carrageenan, adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industri seperti farmasi, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru. Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang yang diminati oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Jenis-jenis rumpai laut
Eucheuma Cottoni dan Echuema Spinosum adalah dua spesis rumpai laut yang lazim ditanam pada masa kini. Perbezaan diantara kedua-dua spesis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottoni tidak.
Kriteria Pemilihan Kawasan
  • Kawasan yang mempunyai pengaliran air perlahan supaya nutrien dibawa dan digantisecara semulajadi untuk tumbesaran rumpai laut. Tiada arus ombak angina kuat, kawasan batu karang dan berpasir adalah yang paling sesuai.
  • Elakkan daripada muara sungai atau di mana terdapat percampuran air tawar. Kemasinan air adalah antara 27-35 bahagian dalam seribu (ppt).
  • Suhu air hendaklah antara 25c @ 30c. paras air mestilah tidak kurang daripada 0.15 meter dalam semasa surut dan 2 meter dalam semasa.
  • Dasar laut mestilah kuat supaya boleh menampung pemagaran/ pncang atat lain-lain struktur binaan manusia di atasnya.
  • Lain-lain perkara yang perlu dipertimbangkan ialah kemudahan mendapat pekerja, pengangkutan dan sistem komunikasi yang baik.

Kaedah Penanaman Laut
Tedapat 3 cara yang berlainan untuk menanam rumpai laut bergantung kepada peruntukan kewangan dan keadaan sekeliling:
1. Penanaman secara panjang (staking) @ Separa rakit


Cara ini sesuai di air yang cetek iaitu 0.5 meter. Tali yang sesuai direntang antara dua pancang dan seterusnya benih rumpai laut diikat ke tali yang direntang tadi.
2. Penanaman secara separuh terapung (semi floating)
Penanaman cara ini paling sesuai di kawasan perairan sedalam 1 hingga 3 meter. Mempunyai persamaan dengan cara di atas kecuali hujung tali diapungkan dengan pelampung. Benih digntung tali di bawah paras air dan kedudukannya akan turun naik mengikut pasang surut air
3. Penanaman secara Rakit (Raft Floating)

Penanaman cara ini paling sesuai di kawasan perairan sedalam 1 hingga 3 meter batang kayu yang boleh terapung atau 2 unit pelampung diikat ke sauh di dasar laut supaya kedudukannya kukuh, seterusnya tali-tali diikat merentasi kedua-dua kayu / pelampung dan akhirnya benih-benih diikat pada tali-tali tersebut.



No comments:

Post a Comment